Mahu tahu tentang gadisBunga?

Kengkawan

What makes your day?

Ada kemusykilan? Sila emailkan kemusykilan kawan-kawan ke gadisbungablog@gmail.com.


NI tabung nak beli senapang~

Facebook Share

Monday, February 27, 2012

Ratah peanut butter


GB demam. Sakit belakang. Duduk sakit, berdiri pun sakit. Dan kepalaran kelaparan. Takde makanan kat opis ni. Nak keluar beli karang takut pengsan tengah jalan pulak.

Godek sana, godek sini, aha! Terjumpa peanut butter.

Takde roti pun takpelah. Layan je peanut butter ni sorang-sorang sesaja.

P/S: Sayu la pulak bila sakit kat opis ni. Takde yang jaga. Heheh!

Sunday, February 26, 2012

Feeling kabus

Pagi yang berkabus

OK. GB demam. Mohon simpati kawan-kawan. Heheh.

Tapi. sekarang ni GB di opis. Huh! Takpelah. As long as tak payah berlari-larian dalam opis, GB ok je. Kejap lagi balik lah.

Dan semalam cik purple pun demam gak. Tayar dia pancit. Kesian kat GB sebab takleh pegi tempat rahsia untuk tembak sunset...

Dan....kat tempat GB semalam kabus pagi sangat tebal. Feeling Cameron Highlands and Kundasang je. Pagi ni pun kabus tebal. Tempat kawan-kawan macam mana?

P/S: GB tengok kat blog list. Ada yang missing kat situ. Rindu lah. Kene rombak bloglist nampaknya. :D

Friday, February 24, 2012

Sendiri punya gambo kilat!


Ehem!

Semalam kan. Masa on the way balik umah kan. Kilat memanco-manco.

Pastu kan. GB kan. Dah teruja.

Misi menyenap gambo kilat harus dilaksanakan.

Nah. Beratus gambo disnap. Sampai bateri hampir zero.

Akhirnya...ada jugak yang melekat. Yey!!!

P/S: Nyamuk banyak kokak-kokak masa menyenap tuh!

Thursday, February 23, 2012

Ini bukan Photoshop. Ini betul-betul punye manual~


Gambo ni diambik oleh ayah GB, menggunakan kamera yang dah terpampang kat entri lepas. Budak kecik dalam gambo tu adik GB yang nombor 3. Masa snap ni tahun 1989 kot. Sekarang budak kecik tu dah jadi bapak budak dah. Alahai...bumbung dilangkahnye. Hihihi~

Gambar jadi cenggini tanpa pakai photoshop, sebab zaman tu mana de photoshop lagi ye dak? Gigih ayah GB menampal 1/3 lens, satu demi satu untuk setiap shot. Dan disebabkan kamera tu fully manual, filemnye boleh di reverse balik untuk shot kat part lain pulak. Gigih kan?

Zaman sekarang...nah! Photoshop aja! Ahahaha!!

P/S: Sekarang ni filem dah takde jual eh? Kedai cuci gambo pun ada gaya nak pupus dah nampaknya~

Wednesday, February 22, 2012

Otai punye Nikon

Nikon FM keluaran 1981. Bought online (purchased thru phone)  in US. Price in 1981 was USD230
Saje GB nak cerita sikit pasal Otai punye kamera ni. Ni kamera berat dia sekilo lebih kot. Kena taruk filem. Fully manual. ISO setting, aperture, shutter speed hatta nak tolak filem pun kene manual. Dulu masa zaman belajo GB selalu pinjam kamera ni gi bawak trip memana walaupun time tu dah ada kamera kompak sendiri cap Canon yang kene taruk filem jugak.

Tapi sikit leceh la sebab segalanya manual, dengan beratnya, dengan takut masuk airnye. Dan kamera ni masih boleh berfungsi walau takde bateri.

Banyak gamba zaman kanak-kanak riang GB, adik-adik dan mak dah diabadikan pakai kamera ni. Nanti GB publish gambo-gambo yang pernah Encik Otai tangkap dan yang pernah GB tangkap pakai kamera yang sama. Takde edit eh. Terus cuci kat kedai gambo.

Masa baru nak guna dulu gigih jugak la Otai mengeksplain kat GB kaedah nak guna. Nak taruk filem, nak setting segala. Lama jugak GB belajar dan bereksperimen, tapi tak pandai pun. Hasilnya adalah beberapa kotak kasut gambo tak jadi yang GB dah hasilkan. Tapi yang mana jadi tuh cun la walau tak banayk. Hahaha! Syukurlah sekarang segalanya digital. Heheh.

Later-later karang GB taruk gambo hasil kamera fully manual ni yek.

P/S: Otai tersebut adalah ayah GB. Dan ayah adalah seorang Nikonian. :D

Tuesday, February 21, 2012

Pilih satu



Pilih satu:
  1. No electricity
  2. No water
  3. No car
  4. No money
  5. No phones
  6. No internet
P/S: Dipilih dipilih!

Monday, February 20, 2012

Update sambil berlari


Salam kawan-kawan. GB tak sempat nak jenguk tanya kabo semua. Dah paras hidung nih!

Anyway, walau bizi tapi GB perasan ada member lama dah datang balik komen-komen. Dan juga ada member bertanya hal rahsia kat GB heheh. Nanti GB jawab eh.

Happy birthday kat uncle Lavendari yang kalau GB nampak dia tulis perkataan 'bedebah' mesti GB akan gelak macam nak rak. Kelasss uncle! Semoga uncle terus sihat.

Ok. Babai!

P/S: Lupa nak kabo. Last Saturday misi GB nak tembak sunrise tak berjaya sebab hujan. Bangun pagi, kuar kul 5.15 pagi, sampai-sampai...hujannnn.... Next time!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...